Saturday, July 18, 2009

Di'tanda' oleh NH

Sesungguhnya saya memang suka menjawab 'tanda-tanda' tetapi oleh kerana kesibukan putaran Pengamalan Am ini, saya terpaksa menangguhkan tampalan ini sehingga hujung minggu.
Syarat-syarat :
1. ‘Tag’ dijawab dalam Bahasa Melayu sahaja.
2. Tag orang yang telah men’tag’ anda
3. Tag orang yg anda mahu tag

0. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
Menonton televisyen dengan menukar2 saluran kerana tidak ada satu rancangan pun yang menepati cita rasa saya.

1. 2 jam yang lalu?
Menonton DVD bertajuk “Grace Sudah Pergi” yang disewa Asma’.
2. Anda suka – tidur, bermain Mafia Wars dan Minesweeper

3. Minggu lepas – adalah minggu pertama saya berada dalam putaran Pengamalan Am

4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali
Sebenarnya saya bukanlah seorang peminat muzik dan selalunya saya akan mendengar lagu mengikut musim. Saya hanya mendengar lagu apabila berjalan menaiki kereta bersama rakan2 serumah. Saya telah cuba mendengar lagu-lagu yang ada di dalam computer ini tetapi tidak berjaya menjadikannya tabiat. Tetapi, jangan salah anggap, saya sebenarnya sangat suka menyanyi sekiranya saya mengetahui lirik lagu tersebut. Buat masa ini saya tidak ada lagu kegemaran.

5. 3 binatang yang anda tak suka
- Anjing, kerana saya mempunyai pengalaman dikejar anjing semase zaman sekolah dahulu
- Biawak, sebab ia hodoh dan kotor
- Tikus, sebab suka mengganggu ketenangan hidup

6. 5 fakta tentang anda
- saya suka bergossip
- saya pemalas
- saya mempunyai tahap kelenturan badan yang tinggi
- saya kekurangan zat besi
- saya peminat setia Fernando Alonso – saya selalu melabelkan diri sendiri sebagai perempuan simpanan dia

7. Tahun depan mungkin – Saya akan kehilangan beberapa kilogram berat badan kerana sebagai pelajar tahun lima mungkin sukar untuk ponteng hospital dan saya harus berada di hospital dari pagi hingga ke petang. Oleh itu, saya boleh memakai jeans yg sudah ketat itu dan saya juga boleh membeli-belah dengan gembiranya. Semua ini mungkin berlaku sekiranya saya berjaya dalam peperiksaan akhir tahun ini.

8. Saya tak reti – memakai tudung bawal dengan cantiknya seperti orang lain.

9. Saya pandai – berpura2 sopan santun apabila perlu. Contohnya, apabila berhadapan dengan pesakit di hospital atau di hadapan kawan2 emak saya.

10. Kawan saya – ramai kerana saya seorang yang peramah.

11. Saya ada – mesin jahit tepi yg sudah tiga tahun tidak digunakan.

12. Saya seorang – pelajar perubatan yang selalu tidur di dalam kelas. Walau bagaimanapun, keputusan ujian darah yang saya lakukan pada tahun lepas mendapati saya kekurangan zat besi. Sebenarnya baru minggu lepas saya pergi berjumpa doktor dan bertanya apakah keputusan ujian darah yang sudah luput itu.

13. Adik saya – akan pulang ke Malaysia esok dari Mesir. Dia baru sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir tahun 3. Ramai mengatakan kami seiras tetapi hidungnya mancung.

14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 4)
- tidur
- berangan
- makan nasi
- menonton filem “Percutian”

15. Bilakah pertama kali anda bercinta?
Saya tidak pasti sama ada saya pernah bercinta atau tidak.

16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda – Saya menjahit pakaian saya.

17. Saya rindu – melihat Alonso di atas podium

18. Saya tak sabar – untuk pulang berhari-raya bersama keluarga, sanak-saudara dan rakan taulan.

19. 5 laman yang anda selalu layari:
Facebook, TV3, Ebay, blog ini, google

20. Siapa yang anda mahu tag?
Koyan, Hiswani, Mc Ah, Ijah, Nadxoxo, Kak Long Yaya, Kak Nini, Dayen

PS: saya pasti anda kagum dengan 'tanda' bahasa Melayu ini sampai tajuk filem2 pon saya terjemahkan.

4 comments:

  1. Tajuk cerite kata nama khas! Grace Pergi.. cite ape tu?

    Labelkan diri sebagai perempuan simpanan alonso << hahahahaha. Kelakar!

    thanks for doing the tag. I know it's rather silly, but it is fun, once in a while.

    ReplyDelete
  2. Grace is gone...cite sedih..x yah tgk aaa...John Cusack blakon...

    Not a problem..I love doing tags...

    I'm not sure if everyone gets what Pengamalan Am is..do u?

    ReplyDelete
  3. perang mafia bukan mafia wars

    minesweeper - tak reti lah plak aku nak translate. akupunya-penyapu???

    ReplyDelete
  4. canne aku bleh terlupe nk translate tuh...

    perang kongsi gelap?

    penyapu bom??

    ReplyDelete